Khamis, 31 Mei 2012

cukuplah buatku disana...

sering harungi sendiri kekurangan diri
hanya tuhan mengerti
tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
umpama tiada rahsia

kau sinar hati ini
biarpun hanya sesaat disisi
pelita kala hati berduka
kau hulurkan tanganmu kala hilang arah

masihkah hadir jua menepis gelora
tatkala aku merasa kecewa
duniaku berubah kelam tak bermakna
namun semangatmu ada dijiwa

harapan kau beri cintamu bersemi
air nataku tak bisa menitis
kau nafas akhirku
kau yang dihati

usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
senyumlah usah meratapi
kala ada masa kita ditakdir yang Esa
cukuplah buatku disana

Rabu, 16 Mei 2012

Don't Judge Too Quickly...

cerita ini saya ambil dari blog www.kembaraku.blogspot.com



There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in summer, and the youngest son in the fall. When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.

The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted.

The second son said no it was covered with green buds and full of promise.

The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.

The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.

The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree’s life. He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season, and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it’s winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall.



Lessons:
  1. Don’t let the pain of one season destroy the joy of all the rest.
  2. Don’t judge life by one difficult season.
  3. Persevere through the difficult patches and better times are sure to come some time or later.


Aku perlu beri peluang dalam hidup ini, sebaiknya...let the time tell everything...

Selasa, 8 November 2011

Everything happen for a reason...

Jangan pernah marah pada sesiapa jika hidup ni kadang-kadang tak seindah yang diinginkan n tak secantik yang dibayangkan. Semuanya jadi sebab Dia dah aturkan segalanya. Jika hidup ni indah Dia mintak kita bersyukur, kalau sebaliknya pulak Dia mintak kita bersabar.

Tapi bercakap senang la kan. Apa-apa pun percaya pada takdir n hikmah di balik setiap kejadian boleh buat kita lebih tenang hadapi semua dugaan dalam hidup ni. Kadang-kadang apa yang datang bukan kita mintak tapi Dia tetap datangkan. Kenapa?

Sebabkan Dia nak bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita inginkan. Terima kasih Allah.

Isnin, 28 Februari 2011

Hati yang hidup... Hati yang mati...

Hati yang hidup sentiasa rasa berdosa
Hati yang hidup tidak pernah rasa sempurna
Hati yang hidup sentiasa bijak dalam tindakan
Hati yang hidup sentiasa utamakan pendengaran
Hati yang hidup sentiasa kurangkan pertuturan
Hati yang hidup mesti tahu membezakan baik dan buruk
Hati yang hidup sentiasa ada belas kasihan
Hati yang hidup tidak pernah lupa mengingati Tuhan
Hati yang hidup sentiasa bersinar dengan iman
Hati yang hidup mesti akur dan redha atas setiap ketentuan
Hati yang hidup takkan persoalkan apa jua keadaan
Hati yang hidup takkan mati kerana mengikut perasaan
Hati yang hidup akan terus hidup dalam kebaikan...

Hati yang mati tidak pernah rasa berdosa
Hati yang mati sentiasa rasa sempurna
Hati yang mati sentiasa bertindak terburu-buru
Hati yang mati sentiasa mengabaikan pendengaran
Hati yang mati sentiasa mengutamakan pertuturan
Hati yang mati tidak tahu membezakan baik dan buruk
Hati yang mati tidak ada belas kasihan
Hati yang mati tidak pernah mengingati Tuhan
Hati yang mati tidak pernah bersinar dengan iman
Hati yang mati tidak akur dan redha atas setiap ketentuan
Hati yang mati sentiasa persoalkan apa jua keadaan
Hati yang mati akan terus mati kerana mengikut perasaan
Hati yang mati akan terus mati dalam kekhilafan...

Jumaat, 25 Februari 2011

Jika Saya Jahat...




Jika saya jahat saya akan buat perkara yang paling jahat sekali pada orang yang jahat...Jika saya baik saya akan maafkan semua orang yang jahat dan sayang semua orang yang baik...
saya rasa saya dah cukup baik sebab saya tak buat jahat pun pada orang yang buat jahat pada saya.....tapi...cukup baikkkah saya bila saya tak mampu untuk maafkan orang yang jahat tu, saya masih mencuba, hari-hari saya cuba...dan hari-hari juga orang yang jahat tu tak jemu-jemu buat jahat pada saya...bagaimana boleh saya maafkan dia??
kerana kejahatan yang dia buat, kadang-kadang saya rasa seperti saya pula orang yang sangat jahat...kadang-kadang saya rasa seperti saya tidak kenal pada diri saya sendiri...lalu saya nekad tinggalkan kejahatan itu jauh dari hidup saya dan pilih jalan lain yang terbaik...tapi...kejahatan tu tetap tak tinggalkan saya, kejahatan tu tetap tak puas dengan jalan yang saya pilih...bagaimana boleh saya tinggalkan terus kejahatan itu??

Jawapan : Bagaimana boleh kamu tinggalkan terus kejahatan itu kerana dimana sahaja ada kebaikan pastinya ada kejahatan tapi apa yang perlu kamu ingat adalah walau sebesar dan sehebat mana sekalipun sesuatu kejahatan itu, kebaikan jualah yang akan menang walaupun pada saat ianya kelihatan hampir-hampir kalah ditelan oleh kejahatan...percayalah sayang kerana ini adalah janji Tuhan, kita memang tidak punya kekuatan untuk menentang kejahatan itu berhabis-habisan tapi selagi kita ada Dia (Allah), mohonlah apa yang terbaik sesungguh-sungguhnya, kerana hanya Dia sahaja yang tidak pernah mempersia-siakan kesakitan hamba-hambanya walau hanya setitis air mata yang mengalir...dan senjata yang paling hebat Dia kirimkan pada hamba-hamba yang Dia sayang adalah SABAR, jika kamu punya senjata ini nescaya kamu adalah salah seorang hamba yang Dia sayang, kerana itu Dia datangkan sakitnya dugaan pada kamu untuk menguji keampuhan senjata SABAR yang Dia kirimkan pada kamu...

Buat insan yang saya sayang : Biarkan Dia terus merencana segalanya, baik atau jahat hanya pada kata, apa yang penting berusaha menjadi insan yang baik pada hari ini, esok dan seterusnya...saya juga datang dari masa silam yang kelam...tapi..jika Dia beri saya peluang untuk menjadi insan yang baik melalui sakitnya dugaan yang dia datangkan, itulah yang akan saya pilih...daripada dimatikan hati iaitu dengan berbuat jahat tapi tidak pernah sedar bahawa diri sedang berbuat jahat...semoga hati kita terus hidup dengan nur dari-Nya...amin.