Isnin, 28 Februari 2011

Hati yang hidup... Hati yang mati...

Hati yang hidup sentiasa rasa berdosa
Hati yang hidup tidak pernah rasa sempurna
Hati yang hidup sentiasa bijak dalam tindakan
Hati yang hidup sentiasa utamakan pendengaran
Hati yang hidup sentiasa kurangkan pertuturan
Hati yang hidup mesti tahu membezakan baik dan buruk
Hati yang hidup sentiasa ada belas kasihan
Hati yang hidup tidak pernah lupa mengingati Tuhan
Hati yang hidup sentiasa bersinar dengan iman
Hati yang hidup mesti akur dan redha atas setiap ketentuan
Hati yang hidup takkan persoalkan apa jua keadaan
Hati yang hidup takkan mati kerana mengikut perasaan
Hati yang hidup akan terus hidup dalam kebaikan...

Hati yang mati tidak pernah rasa berdosa
Hati yang mati sentiasa rasa sempurna
Hati yang mati sentiasa bertindak terburu-buru
Hati yang mati sentiasa mengabaikan pendengaran
Hati yang mati sentiasa mengutamakan pertuturan
Hati yang mati tidak tahu membezakan baik dan buruk
Hati yang mati tidak ada belas kasihan
Hati yang mati tidak pernah mengingati Tuhan
Hati yang mati tidak pernah bersinar dengan iman
Hati yang mati tidak akur dan redha atas setiap ketentuan
Hati yang mati sentiasa persoalkan apa jua keadaan
Hati yang mati akan terus mati kerana mengikut perasaan
Hati yang mati akan terus mati dalam kekhilafan...

Jumaat, 25 Februari 2011

Jika Saya Jahat...




Jika saya jahat saya akan buat perkara yang paling jahat sekali pada orang yang jahat...Jika saya baik saya akan maafkan semua orang yang jahat dan sayang semua orang yang baik...
saya rasa saya dah cukup baik sebab saya tak buat jahat pun pada orang yang buat jahat pada saya.....tapi...cukup baikkkah saya bila saya tak mampu untuk maafkan orang yang jahat tu, saya masih mencuba, hari-hari saya cuba...dan hari-hari juga orang yang jahat tu tak jemu-jemu buat jahat pada saya...bagaimana boleh saya maafkan dia??
kerana kejahatan yang dia buat, kadang-kadang saya rasa seperti saya pula orang yang sangat jahat...kadang-kadang saya rasa seperti saya tidak kenal pada diri saya sendiri...lalu saya nekad tinggalkan kejahatan itu jauh dari hidup saya dan pilih jalan lain yang terbaik...tapi...kejahatan tu tetap tak tinggalkan saya, kejahatan tu tetap tak puas dengan jalan yang saya pilih...bagaimana boleh saya tinggalkan terus kejahatan itu??

Jawapan : Bagaimana boleh kamu tinggalkan terus kejahatan itu kerana dimana sahaja ada kebaikan pastinya ada kejahatan tapi apa yang perlu kamu ingat adalah walau sebesar dan sehebat mana sekalipun sesuatu kejahatan itu, kebaikan jualah yang akan menang walaupun pada saat ianya kelihatan hampir-hampir kalah ditelan oleh kejahatan...percayalah sayang kerana ini adalah janji Tuhan, kita memang tidak punya kekuatan untuk menentang kejahatan itu berhabis-habisan tapi selagi kita ada Dia (Allah), mohonlah apa yang terbaik sesungguh-sungguhnya, kerana hanya Dia sahaja yang tidak pernah mempersia-siakan kesakitan hamba-hambanya walau hanya setitis air mata yang mengalir...dan senjata yang paling hebat Dia kirimkan pada hamba-hamba yang Dia sayang adalah SABAR, jika kamu punya senjata ini nescaya kamu adalah salah seorang hamba yang Dia sayang, kerana itu Dia datangkan sakitnya dugaan pada kamu untuk menguji keampuhan senjata SABAR yang Dia kirimkan pada kamu...

Buat insan yang saya sayang : Biarkan Dia terus merencana segalanya, baik atau jahat hanya pada kata, apa yang penting berusaha menjadi insan yang baik pada hari ini, esok dan seterusnya...saya juga datang dari masa silam yang kelam...tapi..jika Dia beri saya peluang untuk menjadi insan yang baik melalui sakitnya dugaan yang dia datangkan, itulah yang akan saya pilih...daripada dimatikan hati iaitu dengan berbuat jahat tapi tidak pernah sedar bahawa diri sedang berbuat jahat...semoga hati kita terus hidup dengan nur dari-Nya...amin.

'Orang Kata'

Kejar pelangimu sampai ke hujung dunia…jangan pernah menyerah…
Mati itu pasti, hidup insyaallah…

Siapa kata hidup ni mudah??
Tiada siapa mampu lari dari setiap apa yang ditempuh
Tiada siapa dapat undur masa untuk betulkan apa yang dah silap
Apa yang boleh dilakukan adalah tempuh, tempuh dan tempuh
Hingga keakhirnya, Hingga langkah terhenti dengan sendirinya



Nak kongsi satu cerita ‘Orang kata’ :


Bila buat baik
Orang kata : Nak tunjuk baik la tu “baik konon”

Bila buat jahat
Orang kata : Dia tu kan ……………… (soh seh soh seh)


Bila rajin
Orang kata : Rajinnyerr…nak kena puji la tu

Bila malas
Orang kata : Dia tu kan, dah la malas pastu ………


Bila bergaya
Orang kata : Dia tu lawa2 nak menggoda la tu

Bila selekeh
Orang kata : Selekehnya dia tu kan, kalo bergaya lawa2 kan cantik…


Bila pemurah
Orang kata : Derma sini, derma sana nak menunjuk la tu

Bila kedekut
Orang kata : kedekut btul dia tu, derma 10 sen pun takde...ish3


Bila lakukan ibadah dan amalan terpuji
Orang kata : Nak tunjuk alim la tu…

Bila tak lakukan ibadah dan amalan terpuji
Orang kata : Die tu dah la tak sembahyang pastu…..

Bila diam
Orang kata : Aiii…senyap je…

Bila bercakap
Orang kata : Cakap je pandai tapi tak buat…


Apa kita kata “Hidup aku, aku punya sukalah”

Orang kata : kasarnyerrr…
Kita kata : aik…ada orang kata lagi, ni bahagian aku, biarlah turn aku plak nak kata…
asyik ‘Orang kata’ jeee…ini tidak adil….



Sampai bila-bila pun takkan berhenti ‘Orang kata’
Apa yang boleh kita buat ialah berhenti mendengar dan memikirkan apa yang ‘Orang kata’
Tapi, kalau nasihat yang boleh membawa kebaikan terimalah dengan hati terbuka
Sebab nasihat yang sebenar-benarnya nasihat nyata berbeza daripada apa yang ‘Orang kata’
Tapi kadang-kadang ada juga orang yang tak faham membezakan antara nasihat dengan ‘Orang kata’
Kadang-kadang pulak ada yang bagi nasihat tapi macam ‘Orang kata’ je…

Kita takkan dapat nak puaskan hati semua orang
Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan yakin dengan kebenaran
Biar Allah yang tentukan
Utamakan pandangan Allah pada kita
bukan pandangan manusia
penilaian dan perhitungan Allah adil seadil-adilnya
tapi penilaian manusia takkan pernah adil
kerana sentiasa dipengaruhi hati dan perasaan…


p/s : Jagalah hati kerana dari hatilah segalanya bermula sama ada baik atau tidak baik
tanda-tanda matinya hati adalah apabila mengata atau menfitnah seseorang tetapi tidak pernah
merasa bersalah atau berdosa dengan apa yang telah dilakukan, salam.


-TAMAT-


Cerita ini bagus dalam mengingatkan semua orang dan diri saya sendiri yang masih banyak kekurangan…
Biarlah apa orang nak kata
Dia penat dia senyap
Dia larat dia kata
Yang penting kita tak rugi apa-apa ;)

Ahad, 20 Februari 2011

Kejar PELANGImu sampai ke hujung dunia, Jangan pernah menyerah...

Si rama-rama hitam bermula dengan silam yang kelam. Penuh dengan kasih sayang tetapi masih dahagakan warna-warni alam. Bukan tidak bersyukur dengan kurniaan tuhan yang seadanya cuma teringin memiliki warna-warni pelangi idaman jiwa. Si rama-rama hitam tidak pernah berhenti mengejar sang pelangi kerana dia yakin, pasti ada pelangi menanti. Katanya "biarlah aku sakit kini daripada menyesal kemudian hari", "biarlah aku bersusah-susah hari ini untuk bersenang-senang kemudian hari". Kejarlah si rama-rama hitam, kejarlah pelangimu.

Jangan pernah berhenti, Jangan pernah menyerah
Tetapkan hati dan Teruskan langkah