Begitu hebat cinta Allah, tiada siapa dapat
menyangkal, hadir kepada sesiapa tanpa mengira siapa dia. Samada orang yang
banyak dosanya ataupun yang jahil agamanya. Bila mula aku kenal cintaNya,
kasihNya, aku lupa. Aku bukanlah seorang yang sangat terdidik tinggi agamanya. Apa yang aku ingat aku sangat terdidik tinggi dari segi adab dan adat sahaja.
Sebahagian ilmu tentang adab dan adat itulah
yang membawa aku kenal Islam dan kenal Allah.
Dari kecil aku Cuma tahu agama aku Islam dan
tuhan aku Allah. Tetapi aku tak banyak tahu mengenai Islam, aku tak pandai
mengaji, tak pandai baca tulisan jawi. Saat kawan-kawan dah sampai Iqra 6, aku
masih lagi terkapai-kapai dalam Iqra 1 dan 2. Saat kawan-kawan dan khatam al-Quran, aku masih lagi terkapai-kapai nak habiskan Muqadam.
Dari situ timbul rasa malu yang amat sangat
sebab aku bukan murid yang lemah dalam pelajaran, aku antara murid target
cemerlang UPSR di sekolah. Semua subjek aku pernah jadi champion. Kalau dalam
kelas nombor exam yang aku dapat antara 1 atau 2 je, daripada tahun 1 lagi
hingga tahun 6. Walaupun hanya sekolah kampung yang hanya ada satu kelas je,
aku tetap rasa bangga.
Disebalik kebanggaan itulah semua orang tak tau
yang hati aku ni melonjak-lonjak hairan dan pelik kenapa dalam bab Pendidikan
Islam aku sangat lemah sedangkan aku orang Islam. Dah masuk tahun 6, aku masih
tergagap-gagap lagi nak baca jawi dan Quran. Sedangkan kawan-kawan lain yang
tak cemerlang di sekolah pun lebih cemerlang dari aku dalam bab jawi dan Quran.
Aku malu sangat. Aku bukan tak pergi sekolah
rakyat, tapi aku agak malas nak pergi kadang-kadang sebab aku malu, dekat
sekolah rakyat tahap aku sangat rendah. Bila aku malas nak pergi dan
jarang-jarang pergi, tahap kebolehan jawi dan Quran aku makin teruk. Aku pergi jugak
mengaji malam tapi aku tetap tak pandai mengeja, apa yang aku tahu masa tu aku
dengar ustazah baca dan hafal je, bila suruh aku baca ayat lain
sendiri-sendiri, aku tetap tak tau.
Aku betul-betul putus asa, sampaikan aku rasa
aku takkan pandai langsung baca jawi dan Quran sampai bila-bila. Satu soalan
kurang cerdik yang aku pernah tanyakan pada mak “Mak, rasa-rasanya sampai
bila-bila ke ... takkan pandai baca Quran?”, mak jawab “ish takdelah, dah besar
nanti pandailah”. Masa ni umur aku 11 atau 12 tahun.
Bukan salah keluarga aku dan bukan salah
sesiapa. Rupa-rupanya Allah nak aku cari dan terus mencari sampailah aku jumpa
Dia, kenal Dia. Mungkin ada yang pandai mengaji Quran melalui latihan dan
didikan yang telah disediakan dengan sangat sempurna. Tapi aku, Allah nak aku
cari sendiri. Nak aku belajar semuanya dari kesusahan supaya aku lebih
menghargai ilmu yang aku dapat. Dan yang paling penting aku tidak riak dengan
ilmu yang Dia bagi.
Melalui ketidaksempurnaan yang aku rasa, aku cari, terus cari.
Sampailah umur aku menginjak 20 tahun. Aku sambung belajar. Masa ni rasa malu
aku bertambah-tambah walaupun tiada siapa pun tahu. Jawi aku dah boleh baca
sikit2 tapi Quran masih lagi tak boleh. Banyak tanda-tanda yang aku tak faham
nak baca macam mana. Surah pertama yang aku lancar baca, surah Yassin.
Macam-macam cara aku belajar, guna cd dan kaset paling utama. Kemudian, nak
lebih jelas aku dengar ustaz baca masa bulan puasa kat surau, aku ikut, aku
fokuskan pada bahagian2 yang aku kurang jelas.
Dari situ aku mula slow2 baca surah lain, dah
canggih sikit aku belajar guna digital Quran. Masa cuti semester memang aku
belajar sungguh-sungguh. Walaupun aku tahu, aku sepatutnya kena berguru dalam
bab ni tapi dalam keadaan aku masa ni, hanya ni je yang aku termampu nak buat.
Suatu hari nanti memang aku teringin nak berguru, tapi masa ni fokus aku hanya
untuk tahu baca je. Asas nak baca dulu. Bab tajwid memang aku letak tepi dulu,
sebab masalah asas aku tak tahu baca. Memang tergagap-gagap, sangat susah
sampai aku pernah berdoa pada Allah yang aku teringin sangat nak pandai baca
Quran. Aku rasa diri aku teruk sangat sebab tak pandai ilmu tu.
Dalam kesusahan tu memang aku hampir-hampir rasa
putus asa. Masa bulan Ramadhan semester berikutnya, setiap kelas diwajibkan
buat tadarus, setiap orang kena baca beberapa ayat. Aku la orang yang paling
menggelabah dalam diam. Dalam perjalanan balik dari surau aku berhenti di
tengah-tengah padang asrama dan aku berdoa, “ya Allah tolong aku, ya Allah
tolong aku, aku tak pandai mengaji, aku takut sangat ni” aku menangis saat ni.
Esoknya aku rasa taknak pergi surau tapi aku pergi jugak sebab wajib, dalam
hati aku tawakal je. Sampai je sana, Allah tolong aku, keadaan aku
dipermudahkan, Dia tutup aib aku, aku dapat ayat yang aku pernah baca, hilang
seluruh ketakutan aku. Tapi aku tetap rasa nak menangis sebab Allah tolong aku,
Dia dengar doa aku, dalam hati tak berhenti aku berterima kasih pada Allah.
Dari situlah slow-slow aku mula nak kenal lebih
dekat dan lebih rapat dengan Allah. Aku ni
bukan siapa-siapa, bukan hambaNya yang sangat baik, solat pun tak berapa
nk betul dan cukup. Dosa-dosa lain lagi. Tapi dia pandang aku, Dia dengar doa
aku dan Dia tolong aku. Aku jadi nak lebih tahu kenapa Dia sangat baik pada
aku. Aku pun nak jadi baik untuk Dia jugak. Dari sinilah bermulanya aku lebih
lancar baca Quran dan lebih berminat untuk mendalami Islam. Dari sini jugak aku
lebih kenal Rasulullah S.A.W. Mula meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada
Allah S.W.T. Kerisauan yang sekian lama aku tanggung mulai hilang iaitu malu
kerana tidak pandai membaca al-Quran.
Apabila kerisauan itu mula hilang. Pelbagai
dugaan hidup pula mula mendatang. Mengajar aku lebih mengenal kasih sayang dan
cinta Allah. Dia mengajar aku langkah demi langkah dalam kehidupan pula, menuju
syurga bertemuNya mungkin, In shaa Allah. Dia datangkan dugaan yang sangat
berat setelah aku benar-benar kenal Dia. Kenapa? Untuk mengukuhkan lagi akidah
dan iman aku yang sangat lemah. Aku kata kenal Dia tetapi sejauh mana aku
beriman. Mana mungkin aku tinggalkan Engkau ya Allah, sedangkan Engkau sentiasa
bersama-sama aku walaupun di saat aku tidak mengenalMu. Inikan pula
setelah mengenalMu dan merasai kasih, sayang, cinta, rahmat, berkat dan redhaMu
ya Allah.
Ampunkan aku ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan